Hishammuddin iftar bersama warga TLDM

Hishammuddin iftar bersama warga TLDM

ANGGOTA pranita TLDM merakam gambar kenangan bersama Hishammuddin Tun Hussein pada sesi ramah mesra dan moreh di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM Lumut, Perak, semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyempurnakan majlis berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM, Lumut di sini, semalam.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob.

Majlis berbuka puasa Menteri Pertahanan dimulakan dengan sesi ramah mesra dan diikuti iftar bersama 157 kru kapal pengangkut serbaguna KD Mahawangsa. Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan  rakaman takbir Hari Raya Aidilfitri di geladak penerbangan kapal tersebut.

Acara diakhiri dengan majlis ramah mesra dan moreh bersama 700 warga  Pangkalan TLDM Lumut yang bertempat di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM. – UTUSAN 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN