Guna program ePemula untuk pembelian online

Guna program ePemula untuk pembelian dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan digesa mempermudah dan membenarkan program ePemula untuk digunakan bagi pembelian dan transaksi secara dalam talian (online).

Ketua Pemuda DAP, Kelvin Yii Lee Wuen berkata, ini terutama apabila semakin banyak barangan termasuk buku dan barang keperluan pelajar boleh dibeli secara dalam talian.

Menurut beliau, selain itu langkah tersebut bagi memenuhi keperluan pelajar di kawasan yang mana kedai fizikal tidak memiliki pilihan pembayaran e-dompet termasuk di kawasan luar bandar.

“Kerajaan mesti membuka lebih banyak ruang kepada pelajar untuk membelanjakan wang ini termasuk memudahkan mereka yang tinggal dan belajar di kawasan yang mana kedai jarang menerima pembayaran e-dompet,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pendaftaran ePemula dibuka hari ini untuk pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan, berumur antara 18 dan 20 tahun dengan peruntukan kira-kira RM300 juta untuk program itu yang dijangka menampung kira-kira dua juta rakyat Malaysia yang layak.

Bantuan ePemula yang melibatkan bantuan RM150 setiap seorang penerima bertujuan membantu meringankan beberapa beban ekonomi belia dan pelajar.

Walau bagaimanapun, Kelvin yang juga Ahli Parlimen Kuching berkata, bantuan itu mempunyai had tertentu dari segi tempat yang boleh ia digunakan iaitu hanya di kedai fizikal, dengan kaedah mengimbas kod QR peniaga di kaunter kedai.

Kelvin berkata, kerajaan juga mesti mengikut peredaran zaman serta saluran perbelanjaan dan platform yang semakin digemari golongan muda walaupun ketika membeli sesuatu yang diperlukan untuk kehidupan seharian mereka.

“Sebenarnya semua isu ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan lebih proaktif dan lebih terancang dan menyampaikan keseluruhan inisiatif itu sendiri malah membantu memudahkan kedai fizikal terutamanya di kawasan luar bandar, separa luar bandar untuk menerima pakai dan menerima pembayaran tanpa tunai sebelum inisiatif tersebut dilaksanakan sepenuhnya.

“Mereka boleh membantu menubuhkan dan memberi insentif kepada mereka untuk menyesuaikan diri supaya boleh memanfaatkan hasil tambahan yang telah disediakan oleh kerajaan melalui inisiatif ini,” katanya.

Atas sebab itu, Kelvin berkata, beliau menggesa kerajaan membuka serta membenarkan pengagihan bantuan ePemula untuk digunakan bagi transaksi dalam talian.

Seterusnya tambah beliau, kerajaan wajar turun padang untuk membantu memudah cara serta menyediakan sokongan kepada lebih ramai perniagaan tempatan untuk beralih kepada lebih banyak e-pembayaran tanpa tunai.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN