G-Tariq junjung kasih titah Sultan Selangor

G-Tariq junjung kasih titah Sultan Selangor

MUHAMMAD FIRDAUS ABDUL MANAF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Gabungan Tareqat Berdaftar Negeri Sembilan (G-Tariq) menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah, Syeikh Nazim al-Haqqani. 

Pengerusi G-Tariq, Dr. Muhammad Firdaus Abdul Manaf turut berkata, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkaitan isu tersebut juga disifatkan beliau sebagai bijaksana dan cukup melegakan rakyat.

“G-Tariq mengambil kesempatan merafak sembah menjunjung kasih atas keperihatinan Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI berkaitan isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah, Syeikh Nazim al-Haqqani. 

“Bagi G-Tariq, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat yang keliru dengan spekulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

“G-Tariq mendukung sepenuhnya titah dan saranan Sultan Selangor dan Majlis Raja-Raja agar agama Islam dijulang dan dipertahankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut Muhammad Firdaus, semua pihak seharusnya memahami bidang kuasa masing-masing tanpa menceroboh bidang kuasa pihak lain.

“Apatah lagi mencabar keputusan yang sudah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Masyarakat perlu merujuk kepada pihak autoriti agama apabila berhadapan dengan sesuatu masalah berkait dengan agama,” katanya.

Sultan Sharafuddin semalam bertitah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI termasuk isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani. 

Menurut baginda, perkara itu berada di bawah bidang Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah berkenaan dan Majlis Raja-Raja.

Sultan Selangor yang juga Pengerusi MKI bertitah, Jakim hanya bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Muzakarah dan MKI. G-Tariq junjung kasih titah Sultan Selangor.

Berhubung isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani, Sultan Sharafuddin bertitah, keputusan muzakarah mendapat perkenan sembah maklum Majlis Raja-Raja pada 4 Januari tahun lalu.

Butiran penuh kepada keputusan muzakarah itu menurut baginda, boleh dirujuk menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah pada 8 April lalu.

Pengerusi MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menerusi kenyataan pada 8 April lalu berkata, Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenarkan untuk diamalkan oleh pengikutnya.

Jelasnya, ia selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat dan kebenaran itu diputuskan MKI kali ke-117 pada tahun 2020.

Bagaimanapun kata beliau, pelaksanaan keputusan MKI kali ke-177 itu tertakluk kepada pihak berkuasa agama setiap negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN