Firefly catat 80 peratus tempahan awal musim perayaan

Firefly catat 80 peratus tempahan awal musim perayaan

JAFRY Ariffin (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada penumpang yang menaiki penerbangan sulung Firefly dari Pulau Pinang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan Firefly mencatatkan tempahan awal hampir 80 peratus jualan tiket bagi laluan Pulau Pinang-Kota Kinabalu menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Wakil Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) merangkap Ketua Pegawai Operasi MASWings Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, walaupun laluan Pulau Pinang ke Kota Kinabalu baharu bermula hari ini namun, mereka menerima maklum balas yang memberangsangkan dari segi tempahan awal musim perayaan.

“Penerbangan sulung hari ini menyaksikan ketibaan 100 orang penumpang tiba dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu manakala, 116 orang penumpang akan menaiki penerbangan dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar sempena penerbangan sulung pesawat Firefly Pulau Pinang ke Kota Kinabalu hari ini.

Sempena musim perayaan Aidilfitri dan Pesta Menuai, Firefly meningkatkan kekerapan penerbangan dari sekali sehari kepada dua penerbangan sehari selepas 25 April ini.

Kapasiti penuh penerbangan yang menggunakan pesawat Boeing 737-800 ini mampu memuatkan sehingga 189 penumpang.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, laluan baharu sebegitu diharap akan membantu mempertingkatkan sektor pelancongan di Sabah.

Katanya, beliau menjangka peningkatan ketibaan pelancong yang sangat signifikan di Sabah menerusi pembukaan laluan ini.

Malah, kedudukan Pulau Pinang yang begitu hampir dengan Langkawi yang menjadi tumpuan pelancong antarabanga.

“Seperti kita tahu, Sabah hanya boleh diakses melalui penerbangan udara maka, dengan terpilihnya Sabah sebagai destinasi penerbangan terbaharu Firefly maka, ia akan merancakkan lagi pelancongan di negeri ini.

“Di pihak kementerian, kita sentiasa bekerjasama dengan mana-mana syarikat penerbangan yang terdapat di Malaysia,” katanya.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Noredah Othman. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya