Fahmi Reza dilarang ke luar negara

Fahmi Reza dilarang ke luar negara

FAHMI REZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktivis dan pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza mendakwa dilarang ke luar negara.

Katanya, Jabatan Imigresen memaklumkan kepadanya bahawa larangan itu dikuatkuasakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Semalam baru dapat tahu, nama dalam senarai blacklist Imigresen,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.

Beliau mendapat tahu perkara tersebut ketika cuba memperbaharui pasportnya kerana akan terlibat dengan satu persembahan teater di Eropah pada Mei ini.

“Saya tengah usaha untuk dapatkan clearance dari Bukit Aman sebelum flight selepas raya.

“Kalau penjenayah yang sudah sabit kesalahan dan ada 42 tuduhan jenayah korupsi pun boleh dapat clearance ke luar negara, harap Bukit Aman boleh bagi clearance sekali.

“Jangan double standard,” katanya.

Minggu lalu, Fahmi direman sehari bagi membantu siasatan berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di media sosialnya.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Bukit Aman.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN