ePemula: Pastikan pelajar benar-benar dapat manfaat

ePemula: Pastikan pelajar benar-benar dapat manfaat

WONG SHU QI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu memastikan golongan pelajar benar-benar mendapat manfaat daripada program bantuan ePemula.  

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, sejak pelancaran bantuan ePemula minggu lalu, terdapat beberapa isu timbul susulan mekanisme pelaksanaannya. 

“Skim itu tidak membenarkan pihak yang menuntut membelanjakan RM150 mereka dalam talian. Ini tidak masuk akal memandangkan trend membeli-belah dan berbelanja dalam kalangan generasi muda (ketika ini). Perbelanjaan dalam talian telah menjadi sebahagian daripada generasi ini. 

“Tambahan pula, sesetengah pelajar tinggal di kawasan yang mana mereka mungkin tidak boleh berbelanja di kedai konvensional tempatan, terutama yang tidak menerima e-pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, Shu Qi memohon Kementerian Kewangan (MOF) untuk memastikan perniagaan kecil terlibat mendaftar sendiri sebelum ePemula tamat pada 10 Jun depan. 

Tambahnya, salah satu penyedia platform e-dompet dikatakan tidak memberikan kredit RM150 sekali gus tetapi telah menjadikannya kepada banyak baucar kecil dengan keperluan perbelanjaan minimum. 

Walaupun pihak penyedia tersebut mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian, namun jelas Shu Qi, ia mungkin menyusahkan pelajar dan akhirnya mereka mungkin tidak dapat berbelanja untuk sesuatu yang benar-benar mereka perlukan atau mungkin tidak habis berbelanja, seterusnya membazirkan bantuan yang diberikan.

“Adakah semua platform e-dompet menerima bayaran RM150 sebaik sahaja pihak menuntut mendaftar untuk menerimanya? Atau MOF membuat pembayaran berdasarkan jumlah yang telah dibelanjakan oleh pihak menuntut? 

“Lebih penting lagi, adakah MOF akan menerima platform e-dompet untuk memberi kredit dalam baucar RM5 atau RM1 pada masa hadapan?” soalnya. 

Menurutnya, kerajaan perlu memastikan RM300 juta diterima dan dibelanjakan sepenuhnya oleh pihak yang menuntut untuk memanfaatkan keperluan mereka dan meningkatkan ekonomi tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN