Elak bazir makanan di bulan Ramadan

Elak bazir makanan di bulan Ramadan

NORMALA Sudirman (kiri) bersama sekretariat SPPM bertemu orang ramai sambil mengedarkan buah kurma dan takwim Ramadan 2022 di Bazar Ramadan Bandar Putra IOI, Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Tabiat membazir makanan setiap kali ketibaan bulan Ramadan harus dihentikan kerana secara tidak langsung merugikan ekonomi dan kewangan keluarga.

Presiden Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM), Normala Sudirman berkata, situasi membazir makanan pada bulan puasa dilihat melebihi hari-hari biasa terutama di bazar Ramadan atau melalui hidangan bufet pihak tertentu.

 “Seruan itu bukan bermakna tidak menggalakkan orang ramai membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan atau gerai tetapi berbelanja serta mengambil sikap bersederhana.

 “Ini sebagai peringatan kepada masyarakat supaya tidak boros dalam berbelanja hingga berlaku pembaziran. Ini adalah kerana amalan membazir dilarang sama sekali oleh Islam. 

“Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaporkan pada 2016, setiap kali Ramadan 20,000 tan makanan dibuang terus ke dalam tong sampah,” katanya pada program edaran kurma dan takwim Ramadan 2022 kepada pengunjung Bazar Ramadan Bandar Putra IOI di sini, semalam. 

Kata Normala, jumlah makanan yang dibuang itu sebenarnya boleh memberi makanan kepada 180 juta orang yang memerlukannya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN