Dua sahabat dituduh bunuh lelaki Indonesia - Utusan Malaysia

Dua sahabat dituduh bunuh lelaki Indonesia

DUA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah Georgetown, Pulau Pinang hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga lelaki Indonesia yang ditemukan mati dalam keadaan kaki kirinya diikat dengan rantai besi pada kerusi di Jelutong, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah di sini hari ini atas tuduhan  membunuh seorang lelaki warga lelaki Indonesia yang ditemukan mati dalam keadaan kaki kirinya diikat dengan rantai besi pada kerusi di Jelutong, Jumaat lalu.

Kedua-dua tertuduh, Dino Antonio Felix, 52, dan Ng Tse How, 45, didakwa membunuh Arsan Eka Putra, 33, di Pangsapuri Eastern Court di Jelutong kira-kira pukul 5.39 petang pada 22 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Inspektor Cyril Jatius manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Majistret R. Manomani.

Ketika prosiding, Cyril berkata, tiada jaminan ditawarkan kerana Mahkamah Majistret tidak mempunyai kuasa untuk menawarkan jaminan terhadap kes bunuh.

Manomani kemudian menangguhkan kes kepada 30 Jun ini untuk menunggu laporan kimia dan hasil bedah siasat.

Pada 22 April lalu, mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan dalam keadaan kaki kirinya diikat dengan rantai besi selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah inap desa di apartment Eastern Court, Jelutong di sini.

Mangsa berusia 33 tahun itu dijumpai orang awam di pekarangan tempat letak kereta apartment tersebut kira-kira pukul 5.30 petang.

Polis kemudiannya mengklasifikasikan semula kes berkenaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kes bunuh).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong berkata, sebelum ini kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut, namun terdapat beberapa perkara yang mencurigakan dalam kes tersebut khususnya penggunaan rantai besi pada kaki mangsa.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN