Dua penyelia Rela direman kes buat tuntutan palsu penugasan - Utusan Malaysia

Dua penyelia Rela direman kes buat tuntutan palsu penugasan

DUA penyelia Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan selepas disyaki membuat tuntutan penugasan palsu 2021. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua penyelia Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki membuat tuntutan palsu penugasan beberapa anggota Rela lain keseluruhan berjumlah RM25,632 pada tahun lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 56 dan 38 tahun itu dikeluarkan Majistret, Intan Syafinaz Ros’lin di Mahkamah Khas Trafik Seremban di sini hari ini.

Intan Syafinaz membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan reman ke atas mereka bermula hari ini sehingga 26 April depan.

Permohonan oleh SPRM dikemukakan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Khairi Abdul Karim.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengemukakan Borang Tuntutan Elaun Penugasan Rela bagi 2021, walhal beberapa anggota Rela itu tidak hadir bertugas di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Bandar Baru Enstek, Nilai di sini seperti mana dalam tuntutan elaun berkenaan.

Sumber berkata, mereka ditahan pada pukul 2 petang semalam ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya