Dua individu palsu butiran tuntutan bernilai RM176,800 ditahan

Dua individu palsu butiran tuntutan bernilai RM176,800 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu kerana disyaki memalsukan butiran bagi membuat tuntutan bernilai RM176,800 daripada kerajaan pada 2020 dan 2021.

Sumber SPRM memberitahu, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki yang merupakan pengarah syarikat pertanian berusia 32 tahun dan seorang ketua pegawai pentadbiran syarikat yang merupakan wanita berusia 30 tahun.

Katanya, kedua-dua mereka ditahan kira-kira pukul 11.07 pagi dan 11.18 pagi di Pejabat SPRM Kedah di sini hari ini.

“Mereka disyaki mengemukakan laporan mengandungi butiran palsu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkaitan senarai peserta Program Mobiliti Tenaga Kerja di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan tidak menepati syarat perjanjian yang ditandatangani.

“Kedua-dua individu berkenaan memalsukan butiran peserta program bagi tujuan tuntutan bernilai RM176,800,” katanya.

Tambahnya, penyataan kedua-dua individu tersebut akan dirakam sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN