Data DNA bantu selesai kes rogol 12 tahun lalu - Utusan Malaysia

Data DNA bantu selesai kes rogol 12 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelesaikan satu kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Balik Pulau, Pulau Pinang, 12 tahun lalu.

Kejayaan itu hasil penemuan data asid deoksiribonukleik (DNA) dalam mengenal pasti suspek kes tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, kes diselesaikan dengan penahanan seorang lelaki berusia 40 tahun di sebuah ladang ternakan kambing di Balik Pulau pada pukul 3.30 petang, semalam.

“Siasatan saintifik yang menggunakan data DNA berjaya mengenal pasti identiti suspek dalam kes ini.

“Sehubungan itu, satu operasi dilancarkan serta-merta untuk mengesan suspek dan dia dapat ditangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Jalil, suspek ditahan reman di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Pulau Pinang selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, PDRM tidak pernah berputus asa dalam usaha mendapatkan maklumat perkembangan kes sehingga berjaya mengenal pasti suspek terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan.

“PDRM sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Pejabat Pendakwa Raya untuk arahan pertuduhan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN