‘Dapat saja KWSP RM10,000, kena urus baik-baik ya nak’ 

Dapat saja duit KWSP RM10,000, kena urus baik-baik ya nak – Fadzilah Kamsah 

kwsp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Dr. Fadzilah Kamsah meminta orang ramai untuk menguruskan duit caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 dengan bijaksana sekiranya memohon pengeluaran khas itu. 

Pakar Motivasi terkenal itu berkata, pengeluaran khas itu perlu digunakan sebaik mungkin berikutan tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang berlaku pada masa depan.

“Dapat saja duit KWSP RM10,000, kena urus baik-baik ya nak. Bukan beli baju raya, sofa baru atau kasut baru itu semua. Bersederhanalah kita. Kena beringat, duit ini ’talian hayat’ kita. Uruskan secara bijaksana. Caranya adalah dengan menggandakannya supaya masa depan kita lebih terjamin. 

MOHD. FADZILAH KAMSAH

“Tok Abah suka jika kalian gunakannya untuk beli barang keperluan seperti belajar beli komputer riba atau peranti yang memudahkan urusan kita dan anak-anak kita mendapat akses internet. Dari sini, kita mudah ikuti kelas bisnes, pemasaran dan cara urus kewangan dengan lebih efisien. Pastikan perbelanjaan ini tak melebihi 30 peratus dari jumlah keseluruhannya. 

“Kedua dengan membeli emas. Melaburlah dalam pembelian emas untuk jangka masa panjang. Ketiga dengan membuat modal berniaga. Bisnes bukan soal terus nak untung tinggi. Tetapi mencari perniagaan yang memberi manfaat untuk orang lain. Mempunyai nilai tinggi untuk kesejahteraan masyarakat. Dari situ baru datang keberkatan,” pesannya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Seterusnya, Dr. Mohd. Fadzillah berkata, cara keempat adalah dengan menyimpan atau melaburkan wang tersebut di dalam Tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Katanya, ASB memiliki pelaburan unik kerana ia berisiko tinggi dan tahap kecairan tinggi yang membolehkan orang ramai mengeluarkannya di saat memerlukan. 

“Kelima dengan sediakan tabung kecemasan, jika terpaksa kita guna, utamakan untuk bayar hutang dan kos sara hidup. Namun jika tiada keperluan, kita perlu simpan baik-baik dan jangan tergunakannya terutama untuk perbelanjaan perayaan nanti

“Sampaikan pesanan Tok Abah ni kepada semua sahabat di luar sana. Moga kita semua mendapat manfaat dan bijak mengurus hidup,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN