Cuma Selangor tetap nisab zakat harta bawah RM20,000

Cuma Selangor tetap nisab zakat harta bawah RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun dianggap negeri termaju di Malaysia, Selangor muncul satu-satunya yang menetapkan nisab atau kadar minimum untuk zakat harta tahun ini kurang RM20,000.

Menurut Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) menerusi kenyataan infografik dalam laman sesawang rasminya, negeri tersebut didapati hanya mengenakan nisab sebanyak RM19,973.

Sebagai perbandingan, sepanjang tahun lalu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah pun menetapkan had minimum RM20,920, manakala pada 2020 pula, kadarnya ialah RM18,570.

Pengiraan nisab ditentukan ulama berdasarkan kepada harga secara purata emas seberat 85 gram pada tahun itu dengan kadar bayaran zakat ialah 2.5 peratus daripada jumlah bersih.

Rekod Lembaga Zakat Selangor pula menunjukkan bahawa MAIS pernah menetapkan nisab RM2,900 dari 1990 sehingga 1993 sebelum angkanya itu berubah sama ada naik atau turun.

Statistik terbaharu Jawhar itu turut memaparkan untuk tahun ini, nisab paling tinggi ditetapkan oleh Negeri Sembilan iaitu RM20,970 berbanding pada tahun lalu cuma sebanyak RM18,789.

Ini diikuti Johor, Perak dan Perlis masing-masing sama kadar minimumnya iaitu RM20,614, Sabah (RM20,600), Kelantan (RM20,520), Kedah (RM20,402) dan Pulau Pinang (RM20,370).

Sarawak pula menjadi negeri kedua terendah nisab selepas Selangor iaitu RM20,137 disusuli Pahang (RM20,312), Terengganu (RM20,331), Wilayah Persekutuan dan Melaka (RM20,361).

Jawhar ditubuhkan pada 2004 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan diletak di bawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Ia diwujudkan sebagai agensi pusat bagi merancang, melaksana, memantau dan menyelaras pembangunan institusi wakaf, zakat dan haji dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.