CILTM, MPN sedia jalin kerjasama erat program profesional - Utusan Malaysia

CILTM, MPN sedia jalin kerjasama erat program profesional

RADUAN Che Rose (depan, tiga dari kanan) bersama kepimpinan CILTM pada program iftar di Majlis Profesor Negara dekat Putrajaya semalam. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Chartered Institute of Logistic and Transport Malaysia (CILTM) mahu terus bekerjasama dengan Majlis Profesor Negara (MPN) bagi melahirkan ramai lagi profesional tempatan.

Presidennya, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah berkata, pihaknya sedia membantu majlis itu merangka program pendidikan yang berteraskan industri logistik dan pengangkutan.

“Pada ketika ini, kami sudah ada kerjasama dengan 28 universiti awam dan swasta tempatan sebagai penyedia latihan namun negara masih kekurangan profesional bidang ini,” katanya ketika ditemui pada program iftar anjuran bersama MPN dan CILTM dengan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini semalam.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose serta bekas Presiden CILT Antarabangsa, Datuk Dr. Abdul Radzak Abdul Malek selain Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM, Kapten Prof. Madya Ahmad Zaidi Sulaiman dan Setiausaha Kehormat CILTM, Dr. Mohd. Nasir Alias.

Pada program bersempena dengan peristiwa bersejarah Nuzul Quran itu, Institut bertaraf global yang bertauliah itu  juga diraikan menerusi sambutan ringkas ulang tahun ke-57 institut tersebut ditubuhkan pada 1965 lepas yang ketika ini disertai 2,728 ahli profesional menjadikan Malaysia negara kedua terbesar selepas Britain yang diasaskan di kota London pada 1919.

MPN pula ditubuhkan kerajaan pada 2011 dengan asalnya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sebelum diberikan autonomi khas sebagai syarikat berhad menurut jaminan pada 2014.

Mengulas lanjut ujarnya, CILTM yang sudah menjalin kerjasama dengan 71 pemain industri termasuk operator firma global, bersedia memperluaskan lagi jaringan kerjasama strategik.

“Kami sudah lama dengan MPN sebagai penyelaras pemudah cara, namun program logistik dan pengangkutan sepatutnya diperluas kerana industri ini ada masa depan cerah,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN