Cerita tak tergantung, dia habis - Sabri Yunus

Cerita tak tergantung, dia habis – Sabri Yunus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon berpengalaman, Sabri Yunus, 60, menepis pandangan sebilangan penonton yang menyifatkan penceritaan drama terbarunya, Pok Ya Cong Codei Memburu Siti sebagai tergantung.

Menurut Sabri, pandangan tersebut tidak benar dan penceritaan drama itu sebenarnya telah tamat.

“Pada yang kata cerita tergantung, saya tak setuju. Sebabnya cerita tidak tergantung. Sebuah cerita tamat dengan muncul cerita baharu. Ini benar dan bagus. Bukan istilah tergantung.

“Saya harap orang boleh faham dengan ini. Cerita tak tergantung, dia habis. Cerita macam kehidupan. Dia berhenti bila sampai waktunya yang kita tak pernah tahu.

“Apakah ia tergantung? Okey. Contoh budak main basikal lajak, keluar rumah dengan seronok. Tiba-tiba di selekoh mati dilanggar kereta. Dia belum siap kerja sekolah yang cikgu suruh hantar esok, maka endinglah budak itu. Apakah tergantung endingnya?” katanya.

Dalam pada itu Sabri memaklumkan kemungkinan dia akan menghasilkan lagi cerita itu di masa akan datang.

“Kemungkinan saya akan buat lagi cerita ini. Tapi bukan sambung cerita ini. Buat lagi dan sambung juga berbeza.

“Macam saya tak sambung cerita Family Datuk Sahak, sebab cerita mereka sudah habis. Begitu juga dengan memburu Siti, dah habis.

“Saya juga mungkin ada banyak lagi pencak yang boleh saya bersilat atau dalam gelanggang Pok Ya. Semasa saya buat Pok Ya yang pertama dulu saya dah bayangkan apa yang seterusnya. Insya- Allah akan saya teruskan cerita watak-watak ini,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya