'Bukan soal siapa dikenali, tapi tawaran terbaik'

‘Bukan soal siapa dikenali, tapi tawaran terbaik’

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senator Fadhlina Sidek tidak melihat mana-mana calon sama ada pencabarnya yang lebih dikenali ramai menjadi pengaruh utama dalam menawan hati ahli pada Pemilihan PKR 2022.

Sebaliknya, calon Ketua Wanita PKR itu percaya calon yang menawarkan idea dan perkhidmatan terbaik menjadi perkara utama dalam kalangan ahli untuk membuat pemilihan, namun tetap mengakui pencabarnya mempunyai kelebihan.

“Pencabar saya tokoh lama dalam parti. Mempunyai pengalaman dan kredibiliti. Pastinya ia satu kelebihan. Tetapi ketika ini, fokus saya bukan soal siapa yang lebih dikenali. Ini adalah zaman contestation of ideas, zaman perlawanan idea dan tawaran perkhidmatan yang terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memilih bertanding apabila telah dirapati ramai pimpinan di peringkat akar umbi yang meminta saya untuk berbuat demikian. Saya menawarkan diri dengan merit, tawaran perkhidmatan dan komitmen idealisme yang teguh bersama parti.

“Dengan latar belakang profesional dan pengalaman saya yang panjang sebagai aktivis, ini adalah masa terbaik untuk saya membuat lonjakan dalam parti dan menawarkan diri secara proaktif untuk bertanding sebagai Ketua Wanita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, PKR ketika ini sedang menyiapkan pasukan terkuat untuk menghadapi pilihan raya akan datang, maka seluruh kekuatan dan potensi yang ada harus dirangkul bersama.

Justeru, ia memerlukan dinamika kepemimpinan, kebesaran jiwa dan kerja keras pasukan yang terbaik kerana negara ini sedang parah dan memerlukan agenda reformasi dengan kadar segera.

“Sebagai orang muda parti, saya mahu melihat semua dinamika pandangan dan teguran kritis kepada parti ini dirangkul dalam membina gerak kerja yang lebih tersusun.

“Dalam pemilihan kali ini, ada banyak pandangan terkait rapat dengan bagaimana seharusnya parti ini dinavigasi menuju kestabilan dan politik perubahan yang didambakan. Ada yang menolak proses rundingan dan jajaran khemah besar dan ada yang mahu meneruskan rundingan untuk terus mencari solusi kepada isu kestabilan politik sedia ada.

“Semua pendekatan ini adalah penting, kritikal dan mesti ada transparensi bagaimana ia harus diterangkan dan diyakinkan kepada seluruh anggota apatah lagi rakyat yang menunggu-nunggu apakah perubahan yang PKR mampu laksanakan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×