Buka sempadan: KLIA kembali terima pelancong antarabangsa

Buka sempadan: KLIA kembali terima pelancong antarabangsa

NANCY Syukri menyampaikan cenderahati kepada penumpang penerbangan Etihad EY0418 yang baru tiba selepas kerajaan Malaysia membuka semula sempadan di KLIA, Sepang, Selangor. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini menerima kumpulan 283 pengembara dari Abu Dhabi, iaitu antara kumpulan pelancong terawal tiba di negara ini sempena pembukaan sempadan negara, hari ini.

Pesawat EY418, Etihad Airways itu mendarat pada pukul 10.14 pagi sebelum diberi  semburan air sebagai gimik ketibaan. 

Yang turut meraikan ketibaan pengembara itu ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri. 

Pada majlis sama, Nancy beramah mesra dengan pelancong yang tiba selain mengagihkan beg cenderahati kepada mereka. 

Beliau berkata, lebih 110 penerbangan antarabangsa di jadual mendarat di KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) hari ini. 

Beliau menjangkakan jumlah pengembara antarabangsa meningkat dalam minggu-minggu akan datang. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN