KUALA LUMPUR: Selain keenakan juadah berbuka puasa di bazar, bulan Ramadan akan lebih indah dengan sajian bubur lambuk.
Bubur lambuk akan menjadi lebih enak dengan menggunakan beras Era jenis Nagasari Super Spesial Tempatan.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Tukang Masak Bubur Lambuk, Masjid Kampung Baru, Adham Abd. Manan.
Beliau berkata, proses penyediaan bubur lambuk menjadi lebih mudah dengan menggunakan beras tersebut.
“Ia tak macam beras-beras lain, bila kita masak beras jadi kembang, tak berair, beras juga kurang pecah. Kualiti beras memang terbaik, memang saya akan guna beras ini untuk masakan saya pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program edaran bubur lambuk di Masjid Kampung Baru di sini, kelmarin. Turut hadir Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar dan Pengarah Komersial Era Foods MY, Ahmad Farid Kamarudin.
Adham berkata, dia dan pasukan hanya memerlukan kira-kira dua jam bagi menyediakan 1,000 bungkus bubur lambuk.
Jelasnya, bau yang datang daripada masakan itu juga membuatkan ramai terpaku dan tidak sabar untuk mengambil bubur lambuk tersebut.
“Bila kami selesai memasak, bau bubur lambuk sangat wangi, inilah keunikan beras Era jenis Nagasari Super Spesial Tempatan.
“Apa sahaja juadah masakan memang serasi lah jika digunakan beras ini,” ujarnya.
Beliau mengesyorkan orang ramai membeli beras keluaran beras Era bagi mendapatkan kualiti yang terbaik setanding beras-beras lain pada harga berpatutan. – UTUSAN










