BN mahu RUU Anti Lompat Parti dilaksana segera

BN mahu RUU Anti Lompat Parti dilaksana segera

Shamsul Anuar Nasarah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) kekal dengan pendirian mahukan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti dilaksanakan dengan kadar segera. 

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, RUU itu mesti disegerakan kerana mahu mempertahan hak rakyat bagi mengelakkan wakil rakyat yang dipilih mengambil tindakan sesuka hati. 

“UMNO mahu pertahankan hak rakyat. Justeru apabila rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya, wakil yang dipilih dan menang mesti memegang amanah rakyat dan parti. Mereka tidak boleh bertindak melompat parti sesuka hati kerana rakyat dan partilah yang menyebabkan mereka menang dalam pilihan raya. 

“Maka, jika mereka melompat rakyat dan parti berhak menghukum mereka. Mandat mesti diserahkan kembali kepada parti dan rakyat.

“Saya yakin anda bersetuju kerana rakyat dan partilah yang menyebabkan mereka boleh bergelar ‘wakil rakyat’. Justeru jangan bertangguh berkaitan ‘RUU Anti Lompat Parti’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan penangguhan pembentangan RUU itu yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini. 

Ini penangguhan kali kedua selepas pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu. 

Bagaimanapun, Wan Junaidi memberitahu, sidang khas Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU Anti Lompat dibentangkan kelak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya