Bisnes 'cakoroi' di Bayan Lepas masuk perangkap

Bisnes ‘cakoroi’ di Bayan Lepas masuk perangkap

BUNGKUSAN minuman dan daun-daun disyaki ketum yang dirampas polis dalam serbuan di Kampung Bukit, Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam. - FB PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Tindakan licik sekumpulan empat lelaki termasuk dalang utama yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar ketum atau lebih dikenali sebagai ‘cakoroi’ di daerah ini terbongkar apabila diberkas polis petang semalam.

Lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 50 tahun itu ditahan di sebuah kediaman yang dipercayai dijadikan tempat memproses dan membungkus bahan terlarang  itu di Kampung Bukit, Bayan Lepas, di sini kira-kira pukul 1.45 petang.

Difahamkan, operasi yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Bayan Lepas, Inspektor Mohd. Noor Fierdaus Che Othman bersama sembilan anggota itu dilakukan buat kali keempat sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam berhubung aktiviti yang dijalankan suspek terbabit.

Dalam serbuan itu jelas beliau, polis sebanyak 120 bungkus disyaki air ketum yang siap diproses di dalam kereta yang di letakkan di hadapan rumah tersebut telah dirampas.

“Pemeriksaan di dalam rumah pula telah menemukan tiga tong jingga berpenutup yang di dalamnya mengandungi 300 bungkusan yang siap diproses disyaki air ketum.

“Turut ditemukan adalah 15 bungkusan plastik hitam berisi daun-daun disyaki daun ketum yang dianggarkan seberat 75 kilogram serta peralatan memproses,” katanya dalam kenyataan Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen  30(3) Akta Racun 1952. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya