Beroperasi Sabtu, Ahad percepat proses kelulusan kuota pekerja asing

Beroperasi Sabtu, Ahad percepat proses kelulusan kuota pekerja asing

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia komited meningkatkan kapasiti operasi harian termasuk Sabtu dan Ahad bagi mempercepat proses kelulusan kuota pekerja asing. 

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan tindakan yang dibuat bagi memastikan keperluan mendesak industri terhadap guna tenaga asing dapat dipenuhi dengan kadar segera.

“Malah, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 April 2022  bersetuju agar KSM menubuhkan satu One Stop Centre (OSC) Khas bagi menyegerakan proses kelulusan permohonan pekerja warga asing. 

“Bagi memenuhi aspirasi Mesyuarat Jemaah Menteri tersebut, satu OSC Khas yang telah mula beroperasi pada 18 April 2022 yang mana kapasiti harian pemprosesan permohonan ditingkatkan dan masa operasi turut dipanjangkan,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, KSM memahami bahawa isu pekerja asing adalah amat kritikal. 

“Semua majikan diingatkan agar mengemukakan permohonan secara dalam talian dengan lengkap dan disertai semua dokumen berkaitan. 

“Para majikan yang mana permohonan mereka telah ditolak sebelum ini boleh mengemukakan semula permohonan untuk diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu proses kelulusan bagi permohonan mendapatkan pekerja asing, disegerakan bagi menampung keperluan mendesak terhadap tenaga kerja berkenaan.

“Ia boleh dilaksana dengan mengurangkan kerenah birokrasi dan mempermudah serta menambah baik proses kelulusan permohonan itu yang diterima daripada industri,” katanya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN