Bernas peruntuk RM100,000 untuk Ikhlas Ramadan

Bernas peruntuk RM100,000 untuk Ikhlas Ramadan

MOHAMAD SOLHI MOHD SALEH (kiri) menyampaikan  zakat wakalah kepada penerima daripada golongan asnaf pada program Ikhlas Ramadan di Masjid Al-Firdaus di Kampung Padang Besar Selatan, Perlis. - UTUSAN MALAYSIA/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memperuntukkan kira-kira RM100,000 untuk program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), Ikhlas Ramadan di tiga lokasi sepanjang Ramadan ini.

Ketua Jabatan Operasi Kilang Bernas, Mohamad Solhi Mohd. Saleh berkata, program pertama berlangsung di Perlis diikuti Selangor serta Kelantan.

Katanya, acara tahunan yang dilakukan sejak 2016 tersebut adalah satu daripada inisiatif Bernas untuk berkongsi kegembiraan dan menceriakan golongan kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal serta asnaf.

“Biasanya program ini diadakan di tempat-tempat terpilih yang berdekatan dengan kilang kami. Jadi pada tahun ini, kami memilih Perlis sebagai lokasi pertama.

“Insya-Allah, pada 20 April ini kami mengadakan program sama di Selangor pula dengan mengagihkan bubur lambuk serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf di masjid” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ikhlas Ramadan di i Masjid Al-Firdaus di Kampung Padang Besar Selatan di sini, kelmarin. Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Nurulhisham Yaakob.

Sementara itu, beliau memberitahu, selain menyampaikan sumbangan berbentuk zakat wakalah dan meraikan asnaf dalam majlis berbuka puasa, golongan asnaf boleh memilih pakaian terpakai secara percuma hasil daripada sumbangan warga dan rakan Bernas.

“Kami mengumpulkan sumbangan pakaian dan memilih yang masih elok untuk diberikan kepada golongan asnaf yang terdiri daripada petani untuk menceriakan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka.

“Kami juga telah membawa 40 anak-anak asnaf pesawah berbelanja membeli baju raya, selain menyampaikan zakat wakalah kepada 80 asnaf,” ujarnya.

Tambahnya, 10 masjid  di negeri ini juga dipilih untuk menerima insentif masjid dengan nilai keseluruhan sebanyak RM15,000. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya