Beri sokongan padu urusan pindaan Akta Kesatuan Sekerja

Beri sokongan padu urusan pindaan Akta Kesatuan Sekerja

M. SARAVANAN (tengah) bersama penerima Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) pada Program Aspirasi Keluarga Malaysia: Outreach Kesatuan Sekerja dan Majlis Penyampaian Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) 2022 Zon Tengah di Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia menyeru semua kesatuan sekerja memberi sokongan padu kepada kerajaan dalam urusan pindaan Akta Kesatuan Sekerja

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pindaan tersebut penting kerana ia mewujudkan kerangka perundangan yang menyokong penubuhan dan pentadbiran kesatuan sekerja yang matang, progresif dan relevan.

Beliau menjelaskan, kerajaan sedang dalam proses untuk membuat pindaan kepada Akta Kesatuan Sekerja 1959, di mana Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja Pindaan 2022 telah dibawa ke Parlimen.

“Bacaan kali pertama Rang Undang- Undang ini di Dewan Rakyat telah selesai pada 24 Mac 2022, dan bacaan kedua dijadualkan pada sesi mesyuarat Parlimen akan datang,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja dan Pelancaran Buku Perkembangan dan Isu-isu Kesatuan Sekerja di Malaysia di sini hari ini. 

Saravanan menambah, kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan warga pekerja di negara ini. Oleh yang demikian dalam meningkatkan perlindungan kepada warga pekerja di Malaysia, beliau memberitahu, kerajaan telah dan akan membuat pindaan ke atas akta-akta utama perburuhan.

“Untuk makluman, Parlimen Malaysia baru sahaja meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) pada 30 Mac 2022. Pindaan ini akan memberikan perlindungan dan kebajikan yang lebih baik kepada golongan pekerja berbanding dengan peruntukan sebelum pindaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN