SELEPAS dua tahun kawalan pergerakan dilaksanakan akibat wabak Covid-19, peralihan ke Fasa Endemik bermula 1 April lalu menyaksikan lebih banyak kelonggaran sekali gus membolehkan Hari Raya Aidilfitri disambut meriah.
Menjelang dua minggu sambutan perayaan itu, orang ramai mula membanjiri pusat beli-belah bersama keluarga untuk mendapatkan pelbagai barangan sebagai persiapan memeriahkan lebaran.
Mereka juga memanfaatkan cuti umum sempena Nuzul Quran semalam untuk mendapatkan barang keperluan tersebut. – UTUSAN