Bapa maut, anak selamat dalam kebakaran 

Bapa maut, anak selamat dalam kebakaran 

KEADAAN rumah teres yang terbakar hingga menyebabkan seorang penghuninya meninggal dunia di Kampung Padang Perdana, Jalan Sungai Lembing, di Kuantan, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia manakala anaknya yang berusia lapan tahun cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Padang Perdana, dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata, kejadian yang berlaku sekitar pukul 11 malam itu melibatkan sebuah rumah teres.

“Dianggarkan separuh daripada kediaman tersebut musnah sama sekali dalam kebakaran itu. Pihak kami menemukan mangsa  berusia 39 tahun yang merupakan bapa kepada kanak-kanak itu dalam bilik air rumah berkenaan dan  disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan.

“Namun, anak mangsa yang ditemukan selamat hanya mengalami kecederaan di bahagian tangan (melecur) dan sudah menerima rawatan awal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, pasukan  bomba dengan kekuatan 24 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Indera Mahkota dan Kuantan yang ke lokasi kejadian dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan. 

Tambah beliau, operasi terkawal sekitar pukul 11.57 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN