Bapa ‘catu’ gaji beli ubat anak

Bapa ‘catu’ gaji beli ubat anak

SUHAIMI Mat Deris (tiga dari kanan) bertanyakan khabar Syarifah Azzah Huraiyah Syed Muhammad ketika melawatnya di PPR Gua Musang baru-baru ini. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pemandu lori perkhidmatan menghantar barangan bergelut mencari rezeki untuk me­nyara keluarga sambil membiayai kos ubat-ubatan anak perempuan yang menghidap penyakit injap jantung.

Kepada Utusan Malaysia, Syed Muhammad Syed Abdullah, 50, mengakui gajinya RM1,200 sebulan perlu ‘dicatu’ sebaik mungkin bagi membeli ubat-ubatan anak keempat dari lima beradik, Sharifah Azza Huraiyah, 14, yang sakit sejak setahun lalu.

Kata Syed Muhammad, selepas disahkan menghidap pe­nyakit itu Ramadan tahun lalu, anaknya sukar bernafas, hilang selera makan dan tidak boleh tidur hingga aktiviti harian terganggu.

“Setiap bulan sebanyak RM250 hingga RM300 perlu diperuntukkan untuk membeli ubat-ubatan khusus untuk masalah injap jantung Sharifah Azza Huraiyah.

“Disebabkan itu, saya perlu bekerja keras mencari rezeki dan berjimat cermat kerana upah diterima mengikut ha­nya kira-kira RM1,200 sebulan,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di

Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Syed Muhammad menerima sumbangan katil untuk anaknya yang disampaikan Pengerusi Cakna Penyayang, Mohd. Zaki Mat Zin yang turut diiringi Pegawai Seranta Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Suhaimi Mat Deris.

Ujar Syed Muhammad lagi, bagi menampung kos makan minum mereka sekeluarga dan belanja sekolah anak-anak yang berusia enam hingga 29 tahun, isterinya, Fatimah Ahmad, 46, turut membantu mencari rezeki bekerja sebagai pembantu kedai.

“Saya memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan membeli ubat-ubatan untuk Sharifah Azza Huraiyah,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan kepada akaun Bank Maybank 153047858312 di atas nama Syed Muhammad Syed Abdullah atau menghubunginya di talian 011 59015742.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN