Bantuan raya RM1.5 juta untuk anak Terengganu di perantauan - Utusan Malaysia

Bantuan raya RM1.5 juta untuk anak Terengganu di perantauan

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu tidak meminggirkan anak negeri di perantauan apabila golongan itu turut menikmati bantuan Aidilfitri menerusi inisiatif i-Perantau yang baharu diperkenalkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi pemberian bantuan one-off kepada seramai 5,000 ketua isi rumah (KIR) yang layak.

“Insya-Allah, anak-anak Terengganu di perantauan mampu pulang beraya dengan selesa dan semoga bantuan i-Perantau ini dapat memberi keringanan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama anak perantau Terengganu di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, Terengganu memperuntukkan bantuan dana raya, i-Fitri bernilai RM56 juta kepada 148,700 KIR yang layak di seluruh negeri ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM400 diberikan kepada 128,450 isi rumah miskin manakala RM250 pula kepada 20,250 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.

Ahmad Samsuri berkata, mereka yang layak boleh memohon bantuan i-Perantau melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my bermula esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.