Bantuan bulanan JKM dipercepatkan sempena Aidilfitri  - Utusan Malaysia

Bantuan bulanan JKM dipercepatkan sempena Aidilfitri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Mei ini telah dipercepatkan.

Usaha tersebut merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM sempena perayaan Aidilfitri akan datang.

KPWKM dalam satu kenyataan memaklumkan, bayaran bantuan bulanan JKM bagi Mei akan dikreditkan kepada penerima bantuan mulai 25 hingga 30 April ini.

“Bayaran bantuan bulanan bagi Jun akan dikreditkan pada tarikh asal iaitu antara 1 hingga 10 Jun. Adalah diharapkan agar penerima bantuan bulanan JKM memanfaatkan perkara ini sebaiknya,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN