Aplikasi MySejahtera tidak patut dihadkan hanya untuk tangani Covid-19

Aplikasi MySejahtera tidak patut dihadkan hanya untuk tangani Covid-19

DR HELMY HAZMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Penggunaan aplikasi MySejahtera tidak sepatutnya dihadkan khusus bagi menangani wabak Covid-19, namun sebaliknya boleh dimanfaatkan menangani wabak penyakit yang lain, cadang Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Helmy Hazmi.

Ujarnya, tidak dinafikan bahawa aplikasi tersebut telah banyak membantu dalam pengurusan wabak Covid-19, terutamanya dari segi pengesanan kontak rapat, pemberian HSO, pendaftaran vaksin dan maklumat terkini covid-19.

“Mysejahtera telah merintis kaedah surveilans dan kawalan penyakit berjangkit dengan menggunakan sedikit elemen data raya dan kecerdasan buatan (AI)

“Justeru, amat rugi sekali sekiranya aplikasi kesihatan sebegini tidak dapat diteruskan untuk manfaat kesihatan negara akibat kemelut yang sedang berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pendapat sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Awam berhubung penggunaan aplikasi MySejahtera yang dilihat tidak lagi berkesan untuk digunakan sebagai pengesanan kontak kepada kes Covid-19 selari dengan peralihan negara ke fasa endamik bermula 1 April yang lalu.

Bagaimanapun, kata Helmy aplikasi MySejahtera bukan sahaja dapat digunapakai untuk Covid-19, tetapi ia boleh diperluaskan untuk penyakit berjangkit lain yang memerlukan notifikasi.

“Ketiadaan mysejahtera tidak sepatutnya membantutkan urusan kawalan penyakit berjangkit. Cuma, mungkin akan berlaku sedikit kelambatan, itu sahaja.

“Lagipun pekerja kesihatan awam telah dilatih secara manual dan mereka berkebolehan melaksanakan tugas mereka tanpa kebergantungan terlampau kepada gajet,” tambahnya lagi.

Tegas Dr Helmy, dalam peralihan ke fasa endemik ini, kedua-dua rakyat dan pihak berkuasa kerajaan saling perlu bekerjasama untuk memastikan kelestarian norma baru yang telah dipupuk selama dua tahun kebelakangan ini.

“Ketelusan dalam berkongsi maklumat terkini kes-kes dan data saintifik akan memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk terus berdisiplin untuk mengelak jangkitan Covid-19.

“Sungguhpun prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal telah dikurangkan, amalan 3W dan 3C masih boleh diteruskan dalam beberapa senario tertentu dan saya beryakin orang ramai bijak memilih situasi tersebut,” katanya.

Pada masa yang sama, Dr Helmy turut tidak menafikan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya peningkatan kes dalam beberapa bulan yang akan datang.

“Ini disebabkan beberapa kelonggaran dan pergerakan yang lebih bebas. Seperti mana kita lihat peningkatan kes yang berlaku selepas sambutan Tahun Baru Cina yang lepas.

“Begitu juga dengan situasi terkini dengan bazar Ramadan dan sambutan hari raya yang bakal menjelang serta perayaan Gawai dan Kaamatan di Sarawak dan Sabah masing-masing kelak,” kata Dr Helmy.

Meskipun SOP sedia ada sudah mencukupi, orang ramai disarankan mengamalkan sikap disiplin dan tanggungjawab sesuai dengan transisi kita ke arah peralihan fasa endamik, lebih lebih lagi kini, fasa pasca vaksin penggalak.

Justeru, beliau berkata apa yang perlu bimbangkan lagi adalah peningkatan kes teruk terutama dalam kalangan warga emas dan yang berisiko tinggi.

“Golongan ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya agar mereka tidak tercicir dalam menerima vaksin penggalak,” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya