KUALA TERENGGANU: Malaysia bakal kehilangan bakat pintar yang dibangunkan melalui pelbagai program khas kerajaan berikutan pelajar terlibat menghadapi laluan sukar untuk menyambung pengajian ke universiti tempatan atau luar negara. Ini kerana universiti tempatan dan penaja biasiswa tidak mengiktiraf sijil High School Diploma (HSD) yang pelajar terlibat miliki bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah. Ekoran itu pelajar terlibat perlu melalui proses sama seperti lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pengajian asasi…