'Allahyarham cikgu saya dalam perkhidmatan awam' - Mohd Zuki - Utusan Malaysia

‘Allahyarham cikgu saya dalam perkhidmatan awam’ – Mohd Zuki

ISMAIL Sabri Yaakob diiringi Mohd. Zuki Ali menenangkan balu Allahyarham Ali Hamsa, Puan Sri Rohani Parkash (tengah) di Presint 10, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Sejak awal menyertai perkhidmatan awam, Allahyarham (Tan Sri Dr. Ali Hamsa) adalah cikgu saya,” kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Mohd. Zuki berkata, beliau sendiri pernah berkhidmat di bawah Allahyarham di beberapa kementerian dan agensi.

“Banyak ilmu yang dicurahkan kepada kami dan segala jasanya tidak dapat saya lupakan.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara dan perkhidmatan awam,” katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Presint 10, di sini.

Katanya, Allahyarham adalah seorang yang bekerja kuat dan seorang yang bekerja dari hati.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir ke kediaman Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira 15 minit sebelum meninggalkan kediaman Allahyarham pukul 10.08 pagi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Tuanku Zainal Abidin (MTMZA) pukul 10.25 pagi tadi untuk diberi penghormatan terakhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN