Agong berkenan santuni lima keluarga asnaf

Agong berkenan santuni lima keluarga asnaf

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni seorang pesakit sempena Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan di Beserah, Kuantan, Pahang, hari ini. - FOTO/FACEBOOK ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan di Beserah, Kuantan, Pahang, hari ini. 

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda pada program itu berkenan meluangkan masa menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada lima keluarga asnaf di Kampung Baru Beserah, Kampung Bahagia Beserah dan Kampung Batu Hitam Beserah. 

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya semasa bulan Ramadan dan membantu persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. 

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda dan Pemangku Raja Pahang terhadap golongan yang memerlukan bantuan di negeri Pahang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya