Agong berangkat ke Bazar Ramadan Peringgit

Agong berangkat ke Bazar Ramadan Peringgit

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) bersama Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tiga dari kiri) menyantuni peniaga keria gula Melaka ketika berkenan melawat Bazar Ramadan Peringgit sempena lawatan ke Melaka. - FOTO/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Peringgit di sini, petang tadi. 

Baginda berdua tiba pada pukul 4.40 petang bersama anakanda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut kenamaan utama negeri diketuai Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd. Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Ab. Rahman serta Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Dalam kunjungan kira-kira satu jam itu, Seri Paduka berdua turut berkenan membeli juadah berbuka puasa dan meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung di bazar berkenaan. 

Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke majlis berbuka puasa dan santapan malam bersama rakyat di Masjid Negeri, Masjid Al-Azim hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka berdua berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam hari ini bagi memulakan lawatan dua hari ke Melaka.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua menggunakan pesawat khas pada pukul 11.25 pagi tadi.

Pada sebelah tengah hari, Al-Sultan Abdullah berangkat tiba untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Selat.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 1.06 tengah hari disambut Mohd. Ali dan Sulaiman.

Esok, Seri Paduka berdua dijadualkan berkenan hadir ke majlis menghadap ahli-ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN