kes menurun

8,087 kes baharu Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 8,087 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan  jumlah keseluruhan kes berjumlah 4,289,527 kes. 

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 15,765 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kes sembuh sehingga semalam adalah 4,144,728 kes.

Sebanyak 145,798 kes aktif dicatatkan, dengan 142,513 (97.7 peratus) menjalani kuarantin di rumah, 300 kes (0.2 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 2,811 kes (1.9 peratus) di hospital. 

Selain itu, sebanyak 64 kes (0.0 peratus) menjalani kuarantin di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan Alat Bantuan Pernafasan (ABP), manakala 110 kes (0.1 peratus) lagi memerlukan ABP. 

Dalam pada itu, sebanyak 12 kematian akibat Covid-19 direkodkan termasuk empat kematian di luar hospital (BID), menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah 35,292 kes. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN