65 notis kompaun dikeluarkan

65 notis kompaun dikeluarkan

DR. NOR’AISHAH ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 65 notis kompaun bersamaan dengan RM24,400.00 telah dikeluarkan terhadap pengendali makanan atau pengusaha premis makanan yang tidak mematuhi mana-mana keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Menerusi kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr. Nor’aishah Abu Bakar berkata, jumlah tersebut adalah jumlah terkumpul daripada 1 Januari sehingga 31 Mac 2022.

“Sebanyak 462 premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 59 iaitu 13 peratus premis makanan telah diperintahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Sebanyak 65 notis kompaun dengan nilai RM24,400.00 telah dikeluarkan terhadap pengendali makanan atau pengusaha premis makanan yang tidak mematuhi mana-mana keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Sepanjang tahun 2021 pula, sebanyak 1,690 premis makanan telah diperiksa dan sebanyak 86 (5 peratus) telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 serta 210 notis kompaun dengan nilai RM184,100.00 telah dikeluarkan,” jelasnya.

Tambah Nor’aishah, hasil daripada operasi yang dijalankan pada 15 April 2022, sebanyak 160 gerai dan 320 orang pengendali makanan telah diperiksa.

“Kita telah mengedarkan 200 risalah kesihatan telah diedarkan dan sebanyak dua sampel makanan telah diambil untuk  penguatkuasaan.

“Selain daripada itu, anggota-anggota JKWPKL&P dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memberi pendidikan kesihatan berkenaan kepentingan keselamatan makanan dalam penyediaan dan penjualan makanan untuk berbuka.

“Di antara kelemahan yang telah dikenal pasti adalah dari segi tahap kebersihan gerai yang kurang memuaskan. Terdapat segelintir pengendali makanan yang membiarkan makanan terdedah serta penggunaan sarung tangan plastik yang sama untuk mengendalikan makanan dan peralatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN