600 pek bubur lambuk 'Tok Jah' percuma setiap hari

600 pek bubur lambuk ‘Tok Jah’ percuma setiap hari

MOHD. Shaiful Hasri Shukri (kiri) bersama Faiz Johari (kanan) mengedarkan bubur lambuk dan kek Surico di hadapan Kedai Emas Hajjah Halijah, Sungai Petani, Kedah, semalam. - MINGGUAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kedai Emas Hajjah Halijah meneruskan tradisi mengedar bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai di hadapan premisnya di Sungai Petani dan Alor Setar serta Kangar, Perlis setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Shaiful Hasri Shukri berkata, sebanyak 600 pek bubur lambuk diperuntukkan setiap hari untuk diedarkan kepada orang ramai di tiga cawangan kedai emas Hajjah Halijah itu.

Menurutnya, bubur lambuk tersebut diagihkan bermula pukul 5 petang oleh kakitangan kedai emas berkenaan dan selesai diedarkan kira-kira 45 minit kemudian.

Beliau yang juga anak kepada pemilik kedai emas tersebut berkata, bubur lambuk ‘Tok Jah’ tersebut cukup istimewa dan merupakan resipi daripada ibunya, Halijah Saad, 69.

Katanya, dia mengikut tradisi keluarganya yang tidak pernah ketinggalan mengedarkan bubur lambuk secara percuma di sekitar surau berhampiran rumah sejak 1980-an.

“Sejak dahulu ibu memasak sendiri dan mengedarkan bubur lambuk dan kami meneruskan tradisi tersebut dengan mengekal resepi asal bubur lambuk ‘Tok Jah’ yang menggunakan rempah campuran dan lada.

“Kami juga ingin berkongsi rezeki dengan orang ramai selain sebagai tanda menghargai pelanggan setia,” katanya ketika ditemui ketika membuat agihan bubur lambuk di hadapan Kedai Emas Hajjah Halijah Sungai Petani, semalam.

Tambah Mohd. Shaiful, pihaknya bekerjasama dengan syarikat kek dan pastri, Surico Malaysia (Surico) yang turut mengagihkan 50 kotak kek coklat lembap yang merupakan signatur bagi jenama kek Surico.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Surico Malaysia, Faiz Johari berkata, sebanyak 250 kotak kek coklat lembap yang bernilai RM29 sekotak diperuntukkan untuk diagihkan kepada orang ramai sempena bulan Ramadan ini.

“Tahun ini adalah kali pertama bekerjasama mengagihkan kek keluaran syarikat mereka bersama bubur lambuk tradisi Kedai Emas Hajjah Halijah dan sambutan yang diterima amat menggalakkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya