5 jam kutip sampah bersihkan pantai Batu Ferringhi - Utusan Malaysia

5 jam kutip sampah bersihkan pantai Batu Ferringhi

KEADAAN pantai di Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang dicemari sampah sarap akibat perbuatan pengunjung yang tidak bertanggungjawab.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Petugas pembersihan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terpaksa mengambil masa selama lima jam untuk mengutip, menyapu dan membersihkan semula kawasan pantai di Batu Ferringhi di sini kelmarin.

Perkara itu ekoran kawasan perkelahan tersebut dipenuhi sampah sarap akibat perbuatan pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Menurut kenyataan MBPP, petugas pembersihan MBPP dikejutkan dengan keadaan pantai berhampiran Hotel Lone Pine dan h=Hotel Golden Sands, di sini yang penuh dengan sampah sarap.

“Masih ramai pengunjung yang tidak bertanggungjawab mengotorkan pantai dengan sengaja membiarkan bekas minuman (botol plastik), pembalut makanan dan sebagainya di kawasan pantai.

“Keadaan luar biasa ini adalah akibat pengunjung yang berpesta tanpa kawalan di tepi pantai kelmarin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, sekumpulan warga Myanmar berpesta menyambut perayaan Songkran di pantai tersebut sehingga menyebabkan ia dicemari sampah sarap.

Kenyataan itu memberitahu, MBPP amat berharap kejadian itu tidak berulang dan menyeru kepada semua pengunjung di kawasan-kawasan pelancongan supaya mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.

“MBPP tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang didapati membuang sampah merata-rata,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN