43 bubu disita di Setiu

43 bubu disita di Setiu

JABATAN PERIKANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 43 bubu disita Jabatan Perikanan di perairan Sungai Setiu, dekat sini dalam operasi dua hari berakhir semalam.

Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, kesemua bubu bernilai lebih RM2,000 itu disyaki digunakan bagi aktiviti menangkap ikan di perairan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan di kawasan Baruh Gong Telikung di Kampung Bukit Tanah, Besut pula menemukan sebahagian peralatan renjatan elektrik yang ditinggalkan pelaku selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.

“Menangkap ikan menggunakan bubu, aktiviti renjatan elektrik, racun atau tuba dan bahan letupan (bom ikan) dilarang di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Terengganu 1988 (pindaan 1993) (KKPDT).

“Kaedah itu boleh memusnahkan hidupan air dan mengancam nyawa si pelaku, oleh itu orang ramai dinasihat tidak menggunakan kaedah terlarang ketika menangkap ikan bagi mengelakkan kepupusan sumber,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ruzaidi berkata, individu yang dikesan bersalah mengikut KKPDT boleh dikompaun RM500 atau denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

Katanya, sebarang aduan sila hubungi talian Fishcom di 03-88885019 dan 88704058. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN