253 saman dalam operasi hujung minggu

253 saman dalam operasi hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 253 saman atas pelbagai kesalahan dikenakan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur terhadap pesalah jalan raya dalam operasi pada Jumaat hingga awal pagi ini. 

Operasi Operasi Samseng Jalanan, Op Motosikal/ Pelbagai Kesalahan melibatkan lapan pegawai dan 70 anggota itu dijalankan di sekitar pusat bandar, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE).

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, dalam operasi tersebut, sebanyak 12 buah motosikal dan empat kereta telah disita atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan.

Menurutnya, semua kenderaan yang disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan dan akan diambil tindakan serta pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar.

“Kita turut menahan 13 lelaki berusia dalam lingkungan 21 hingga 44 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. 

“Tiga lelaki  berusia 16 hingga 26 tahun yang menunggang dalam keadaan berbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, Superman serta bersaing dan seorang lelaki didapati memalsukam nombor kenderaan juga diberkas dalam operasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kesemua tangkapan dibawa ke balai polis dan akan dituduh di mahkamah.

Jelasnya, JSPT akan terus mempertingkat operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan, kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pemandu-pemandu serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya