209 pengendali makanan bazar tiada suntikan antitifoid

209 pengendali makanan bazar tiada suntikan antitifoid

PEGAWAI KKM memeriksa gerai makanan di bazar Ramadan di Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan seramai 209 pengendali makanan di bazar Ramadan di negeri ini tidak mempunyai suntikan antitifoid dan 269 orang tidak menghadiri latihan pengendalian makanan.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo memberitahu, jumlah itu diperoleh hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas 1,325 premis bazar Ramadan dan 2,132 pengendali makanan. 

“Bagi kesalahan-kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang ditemukan, sejumlah 19 notis 32B di bawah Peraturan berkenaan dikeluarkan KKM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya memandang serius isu keracunan makanan yang berlaku di premis-premis makanan. 

“Bagaimanapun, tiada sebarang kes keracunan makanan yang dilaporkan berpunca dari premis bazar Ramadan di negeri ini,” ujarnya. 

Selain itu, menurut Dr. Othman, KKM menjalankan pensampelan makanan di bazar-bazar Ramadan bagi memastikan makanan dan minuman yang dijual bersih serta selamat untuk dimakan.

“Sebanyak 38 sampel makanan diambil dan kita masih menunggu keputusan daripada pihak makmal,” jelasnya.

Katanya, pada tahun lalu, sebanyak 42 sampel makanan telah diambil dan satu daripadanya telah dikesan kehadiran bakteria Coliform. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya