PETALING JAYA: Sebanyak 2,000 bungkusan bubur lambuk sentuhan air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan diagihkan kepada Penjara Penor dan pengunjung yang datang berbuka puasa di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) petang ini.
Facebook Istana Negara memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong dijadual berangkat untuk berbuka puasa bersama rakyat di Padang MPK hari ini.
Terdahulu, hantaran Istana Negara memaklumkan Agong dan Raja Permaisuri berkenan berangkat menyempurnakan program memasak bubur lambuk di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang hari ini.
“Program ini yang diadakan di perkarangan Istana Abdulaziz bermula pada pukul 10 pagi turut melibatkan kakitangan istana,” jelas hantaran itu. – UTUSAN










