Zakat fitrah RM7 di Kelantan - Utusan Malaysia

Zakat fitrah RM7 di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah di negeri ini pada tahun ini adalah sebanyak RM7.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, individu yang ingin membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

“Sementara itu kadar nisab zakat harta bagi tahun 1443H/2022M pula RM20,366 untuk haul antara Ramadan tahun 1443H hingga Ramadan tahun 1444H.

“Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal yang dibuka dalam masjid-masjid bandar atau masjid-masjid jajahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, orang ramai juga boleh berbuat demikian menerusi zakat.e-maik.my dan institusi perbankan yang dilantik sebagai ejen kutipan iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB, RHB, AmBank, Maybank dan Bank Rakyat.

Turut dilantik sebagai ejen kutipan ialah Standard Chartered, Affin Bank Berhad, HSBC Bank Berhad, EON Bank Berhad, Al-Rajhi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, OCBC Al-Amin, dan Agrobank. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN