Yuserrie dilantik Naib Canselor UMP

Yuserrie dilantik Naib Canselor UMP

YUSERRIE Zainuddin hadir pada hari pertama sebagai Naib Canselor UMP di UMP Kampus Pekan di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin, 60, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) kelima berkuat kuasa hari ini.

Yuserrie berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum menyambung pengajian dalam bidang Perdagangan di University of Wollongong, Australia pada 1992. 

Beliau juga memiliki Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1997.

Yuserrie yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP sejak 29 Ogos tahun lalu juga mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan apabila telah dilantik selama 11 tahun sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). 

Ia menjadikan aktiviti kesukarelawanan agenda penting universiti dalam melahirkan pelajar yang berketerampilan dan warganya yang prihatin seiring dengan slogan UMP ‘Teknologi untuk Masyarakat’.

Beliau yang mula berkhidmat di UMP pada 2009 juga pernah memegang jawatan sebagai Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) pada tahun 2010.

Sebelum itu, Yuserrie telah berkhidmat selama 11 tahun di USM. 

“Saya mengharapkan agar warga UMP dapat bersama-sama menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan untuk memastikan Pelan Strategik UMP 2021-2025 (UMP 25) dapat dilaksanakan dan dicapai dengan baik,” katanya sewaktu hadir di Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Pekan di sini hari ini. 

Ketibaan beliau disambut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi, Hazmin Aris dan Bendahari, Zainuddin Othman. 

Selain itu, beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas pelantikan ini dan kepada Profesor Dr. Wan Azhar Wan Yusoff yang telah menunjukkan kepimpinan serta prestasi yang baik dalam menerajui UMP sebagai Naib Canselor keempat. UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya