YBR sedia bantuan pendidikan RM210,000 buat 1,400 murid 

YBR peruntukan RM210,000 bantu 1,400 murid sekolah, pelajar IPT

WIDIAWATI Abudzar menyerahkan sumbangan kepada salah seorang murid menerusi bantuan daripada Yayasan Bank Rakyat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM210,000 di Sabak Bernam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan pendidikan bernilai RM210,000 kepada 1,400 murid sekolah dan institusi pengajian tinggi di Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Bantuan wang tunai RM100 bagi setiap pelajar itu adalah bersempena pembukaan semula sesi persekolahan dan semester di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut kenyataan YBR, pihaknya memperuntukkan RM110,000 kepada pelajar keluarga berpendapatan rendah yang telah menerima tawaran melanjutkan pengajian di IPT.

Katanya, sebanyak RM100,000 pula diberikan kepada murid sekolah yang bakal memulakan sesi persekolahan yang baru nanti.

“Selain misi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pendalaman dan miskin bandar, ia juga memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Diharapkan melalui inisiatif seperti ini dapat meringankan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara,” katanya.

Penyampaian bantuan persekolahan dan bantuan awal pengajian YBR disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd. Imran Tamrin.

Yang turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR yang juga Pengerusi Kelab Belia Wanita Muda Sungai Besar, Widiawati Abudzar.

Sehingga kini, seramai 3,277 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.2 juta sejak ia dilaksanakan pada tahun 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya