Warga emas maut motosikal bergesel bas - Utusan Malaysia

Warga emas maut motosikal bergesel bas

KEADAAN mayat lelaki warga emas yang maut dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Changkat Sulaiman, Sungkai hari ini. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki warga emas maut setelah motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan bas di Kilometer 1 Jalan Changkat Sulaiman, Sungkai di sini pagi tadi.

Nahas pukul 9 pagi itu mengorbankan Mohd. Rapinge Rasidi, 72, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku ketika bas membawa 10 penumpang itu dalam perjalanan dari Lumut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, bas dipandu lelaki berusia 34 tahun itu bergesel dengan motosikal mangsa yang keluar dari simpang sebelah kiri jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang bas tiada sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya