Wakil rakyat, agensi kerajaan diseru lebih proaktif

Wakil rakyat, agensi kerajaan diseru lebih proaktif selami isu rakyat

SULTAN SALLEHUDDIN SULTAN BADLISHAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah menyeru semua wakil rakyat dan agensi kerajaan di negeri ini lebih proaktif dalam menyelami isu-isu rakyat kesan serangan Covid-19.

Sultan Sallehuddin bertitah, baginda prihatin dengan nasib rakyat yang terkesan ekoran pelaksanaan langkah-langkah tertentu oleh kerajaan negeri dalam usaha membendung Covid-19.

“Justeru beta menyeru semua ahli-ahli Yang Berhormat dan semua agensi kerajaan berkaitan supaya lebih proaktif dalam menyelami isu-isu rakyat dari dekat dan memantau pencapaian program-program dilaksanakan,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ke-5, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 secara dalam talian, di sini hari ini.

Sultan Sallehuddin turut menyeru kerajaan negeri supaya dapat mengawal dan mengekalkan kawasan hutan menerusi amalan pengurusan hutan secara berkekalan. Selain itu, titah baginda, kawasan yang berpotensi diiktiraf sebagai geo-park hendaklah dikekalkan dan dipelihara.

“Gangguan manusia secara keterlaluan terhadap sifat semula jadi alam serta aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam untuk kepentingan perniagaan secara rakus, mengakibatkan dunia hari ini menghadapi pelbagai bencana yang kian meningkat.

“Perlindungan dan kelestarian alam sekitar mestilah diutamakan bagi menjaga ekosistem untuk pelbagai spesies flora dan fauna dengan inisiatif-inisiatif tersebut ada dijelaskan dalam teras 6, kemampanan alam sekitar di bawah Pelan Pembangunan Kedah 2035,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Sallehuddin bertitah, baginda berbangga kerana negeri ini berjaya mencatat pelaburan berjumlah RM68.3 bilion pada 2021, yang merupakan satu sejarah dan rekod baharu di sebalik krisis pandemik Covid-19. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN