Visa Bio mudahkan urusan jemaah haji, umrah Malaysia 

Visa Bio mudahkan urusan jemaah haji, umrah Malaysia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio yang diperkenal Kerajaan Arab Saudi memudahkan para jemaah haji dan umrah Malaysia berlepas ke Tanah Suci.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, aplikasi tersebut mempercepat proses pemeriksaan imigresen dan kastam serta menjimatkan masa ketika para jemaah haji tiba di negara berkenaan. 

Beliau berkata, jemaah haji hanya perlu memuat turun aplikasi Saudi Visa Bio dalam telefon pintar dan melakukan empat langkah mudah.

“Mereka hanya perlu melengkapkan alamat emel, imbasan pasport antarabangsa, imbasan muka dan imbasan sepuluh jari untuk muat naik informasi ke dalam sistem tersebut.

“Maklumat peribadi yang dimuat naik ke dalam aplikasi ini memudahkan lagi pergerakan masuk ke Tanah Suci melalui Jeddah dan Madinah tanpa perlu menunggu lama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saleh berkata, usaha yang dilakukan selari dengan inisiatif rancangan transformasi Tabung Haji iaitu Hijrah24 yang mana dalam rangka kerja teras haji, usaha digitalisasi dalam pengurusan haji diberi penekanan. 

“Rakyat Malaysia amat bertuah kerana Kerajaan Arab Saudi memilih Malaysia sebagai negara terawal dalam melaksanakan projek perintis aplikasi ini dalam masa terdekat. Usaha penambahbaikan seperti ini perlu diteruskan di masa depan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada para jemaah haji,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN