PUTRAJAYA: Penilaian data melibatkan immuno-bridging analysis menunjukkan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac boleh menghasilkan tindak balas imun lebih tinggi kepada kanak-kanak berbanding kepada remaja dan dewasa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hasil kajian klinikal pula mendapati vaksin berkenaan selamat dengan regimen dua dos di mana satu dos adalah 0.5ml dan dos kedua diberikan 28 hari selepas hari pertama. Menurut beliau, laporan Kesan…