KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dengan undi suara majoriti.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, mengumumkan demikian selepas selepas lebih suara bersetuju.
“Maka, lebih suara bersetuju, maka usul disetujukan,” katanya.
Usul dibahaskan selama tujuh hari mulai 1 Mac oleh 110 ahli Parlimen yang mengambil bahagian, diikuti dengan penggulungan oleh 27 kementerian selama empat hari bermula Isnin lalu.
Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, Isnin depan. – UTUSAN