Undi Muda demi Johor lebih baik 

PRN Johor: Undi Muda demi Johor lebih baik 

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyeru semua rakyat Johor sama ada di negeri ini atau di perantauan untuk turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung esok. 

Katanya, ini kerana esok merupakan hari yang sangat penting bagi rakyat Johor yang akan membawa perubahan untuk tempoh lima tahun akan datang kepada negeri ini. 

“Muda ingin bawa perubahan yang lebih baik di Johor. Muda tolak politik kotor, tolak korupsi, tolak politik gila kuasa. Undi Muda demi Johor yang lebih baik.

“Warga Puteri Wangsa, undi Amira Aisya Abdul Aziz; warga Bukit Permai, undi Azrol Rahani; warga Tenang, undi Lim Wei Jiet; warga Bukit Kepong, undi Afiqah Zulkifli; warga Larkin, undi Rasid Abu Bakar; warga Machap, undi R. Sangaran dan warga Parit Raja, undi Fikri Musa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Pada PRN Johor kali ini, seramai 239 calon bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri melibatkan 11 parti politik termasuk bebas.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya